KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempercayai parti DAP yang dilihat tidak mahu dengar kata.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani yakin DAP akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), seterusnya menguasai pakatan pembangkang.

“Tun Mahathir silap, PAS dulu tak boleh kawal DAP bagaimana dia boleh kata dia boleh mengawal DAP? Tak boleh..

“Satu hari nanti Mahathir akan sedar”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Persaraan (Sesi 1) anggota Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang berlangsung di Sunway Putra Hotel, di sini pada Selasa.