KUALA LUMPUR – Berita baik untuk pelajar universiti yang ingin mendapatkan permulaan awal untuk kerjaya perniagaan mereka.
Stellavingze International pada Selasa telah melancarkan Kempen Pencarian Bintang Usahawan Muda bagi membantu pelajar yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
Terdapat ramai graduan di Malaysia sedang mencari peluang dan platform untuk mencapai impian mereka sebagai usahawan, dan menjadi sebahagian daripada penyumbang pertumbuhan ekonomi negara dengan kreativiti dan cadangan perniagaan mereka.
Sehubungan itu, Stellavingze International menyedari bimbingan anak muda amatlah dititikberatkan untuk membina pengalaman dan pendedahan mereka dalam dunia perniagaan, dengan pengurusan yang mampan dan penjana keuntungan positif dengan modal permulaan yang rendah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-22621116 atau e-mel ke marketing@stellazvingze.com.