PETALING JAYA – Honor Malaysia dengan jayanya melancarkan telefon pintar mereka yang baru, iaitu Honor 10 pada 22 Mei lepas.

Telefon pintar ini didatangkan dengan Dual-lens Kamera belakang yang menggunakan 24MP + 16MP, F/1.8 Wide Aperture, 3-in-1 Focus yang lebih cepat dan 22 real time AI objects juga screen recognition.

Selain itu, telefon ini juga mengandungi AI yang boleh mengenal pasti objek yang banyak, dan Cahaya Potrait. Untuk kamera depan pula, menggunakan 24MP, Facial lighting compensation, juga mempunyai pencahayaan Potrait dan ada Potrait AI Mode.

Paparan skrin telefon 5.84-inch dengan resolusi 2280p x 1080p FHD+ dengan 16M warna dan 432 PPI yang juga merupakan Multi-Touch Sensitive Screen, serta menggunakan Fingerprint Sensor sebagai langkah keselamatan.

Juga ada Camera Smart Features, di mana adanya Smart Gallery, Highlight 2.0 juga Voice dan Gesture Control.

Dikuasakan dengan EMUI 8.1, dan bateri yang boleh tahan besar kapasitinya, iaitu 3,400 mAh, standard untuk telefon baru pada waktu kini.

Honor 10 didatangkan dengan 4 pilihan warna, Phantom Blue, Phantom Green, Midnight Black, Glacier Grey.

Pembeli boleh dapatkan rebat MYR 100 semasa pembelian di retail ataupun secara online yang menjadikan harga Honor 10 jatuh dari RM1699 menjadi RM1599 sehingga Mei 31 ini.