Kuala Lumpur – EXCO Pemuda UMNO Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz tawar diri untuk bertanding sebagai antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
“Assalamulaikum WBT setelah menyatakan hasrat untuk menawarkan diri untuk bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia kepada YM DSUKB tadi, saya dengan penuh tawadduk dan rendah diri memohon kepada sahabat-sahabat Team Media untuk merestui penawaran saya ini dan sekiranya dipersetujui untuk memberi saya undi sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia untuk penggal ini.
“Hasrat saya hanyalah untuk menyumbang keringat dan perkhidmatan untuk membantu transformasi UMNO untuk kembali menerajui persada tertinggi politik tanahair,” katanya dalam satu kenyataan media.
Zuhri juga erterima kasih kepada parti berkenaan kerana memberi ruang buatnya.
