KUALA LUMPUR – Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna menghantar bunga kepada insan tersayang mereka semudah di hujung jari sahaja.
Syarikat Penghantaran Bunga Flower Chimp yang menyediakan perkhidmatan dari harga serendah RM89 sahaja dan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dengan rangkaian meluas seperti itu, maka tidak hairan perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima.
Malah, pelanggan mereka juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.
Menurut pengasas Flower Chimp, Maximilian Lotz, walaupun syarikat mereka masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri.
“Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan media.
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari http://www.flowerchimp.com