KUALA LUMPUR – Dalam usaha memperluaskan pasaran produk-produk tempatan, satu program yang diberi nama Karnival Online Jer akan berlangsung selama lima hari iaitu pada 28,29,30 November dan 1,2 Disember ini di perkarangan Stadium Shah Alam.
Karnival itu mensasarkan untuk mengumpulkan seramai 10,000 usahawan yang terdiri daripada ahli NGO (pertubuhan bukan kerajaan).




Selain jualan pelbagai aktiviti sampingan telah dirancang bagi memeriahkan serta menarik pengunjung untuk datang berbelanja di karnival ini. Kemudahan ruang parkir kereta turut disediakan panganjur bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung.
Menurut pengarah program, Nizam Rahmat, objektif karnival itu adalah untuk mengeratkan silaturahim antara sesama ahli NGO yang lain serta membantu golongan bumiputera mempromosikan produk mereka.
Jelas Nizam pihaknya kini sedang berusaha mengumpul seramai mungkin para usahawan NGO bagi terlibat dalam karnival berkenaan pada masa akan datang.
Karnival Online Jer menyediakan 500 buah booth jualan disamping pelbagai aktiviti sampingan telah dirancang bagi memeriahkan serta menarik pengunjung untuk datang berbelanja.
Terdapat 1000 lot perniagaan yg bakal di isi.
Aktiviti-aktiviti :
✔
Artis Corner
✔Jualan Lelong
✔Battle Of The Bands
✔Stage Game
✔Kid’s Game
✔Product Show
✔Mini Concert
✔Busker’s Show
✔NGO’s Corner
Untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran program sila hubungi 011-51451007.