Oleh: Zhafirin Mat Yusof

30.09.2018

Perhimpunan Agung UMNO 2018 kali ini melakar sejarah kerana buat pertama kali parti keramat Melayu ini bersidang sebagai pembangkang di parlimen.

Berkat kesungguhan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli UMNO yang kekal ikhlas berjuang demi kelangsungan agama Islam dan bangsa Melayu kekal terpelihara, seperti Firman Allah SWT “Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah SWT melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf Ayat 87)

UMNO bukan sahaja menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam, tetapi juga mengambil berat dan memahami kehendak masyarakat bukan bumiputera dan penganut agama lain.

Corak pentadbiran lepas menunjukkan UMNO mampu mentadbir dengan mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang berbilang bangsa.

PAS-PAU-2018-01
Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang berlangsung dari 28 hingga 30 September di PWTC

Perancangan teras serta langkah-langkah yang bakal dilaksanakan oleh UMNO seperti yang dimaklumkan oleh YB Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pandangan dan cadangan dari perwakilan bakal mengorak masa depan yang lebih baik serta dapat mengembalikan kepercayaan rakyat untuk UMNO kembali mentadbir Malaysia insyaAllah.

ahmad-zahid-hamidi-bernama-300918-1
Datuk Seri Zahid Hamidi menyampaikan ucapan dasar pertamanya sebagai presiden Umno malam tadi selepas mengambil alih jawatan tersebut pada Jun lepas

“ Sesungguhnya, Sesudah kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya Sesudah Kesulitan Ada Kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai(dari sesuatu urusan) , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain “
(Firman Allah SWT Al-Insyirah Ayat 5-7) Semoga Malaysia yang bertuah lagi berdaulat ini kekal terpelihara oleh Tuhan yang Maha Esa.

*Zhafirin Mat Yusof merupakan Exco Pemuda UMNO Bukit Bintang