Himpunan Perpaduan Ummah  bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) berjalan dengan aman dan di sokong penuh seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat beragama Islam.

Kejayaan himpunan ini di lihat adalah himpunan yang paling ramai di hadiri oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kejayaan ini memberikan gambaran di mana rakyat bangkit bersatu dalam mempertahankan kedaulatan perlembagaan negara tanpa mengira latar belakang parti politik juga kesatuan-kesatuan serta usia di peringkat tua dan muda bersama-sama menyokong perhimpunan ini sebagai tanda kesyukuran terhadap kerajaan kerana tidak menandatangi perjanjian ICERD.

NGO Bersekutu Malaysia turut bersetuju menyatakan bantahan terhadap ICERD kerana perjanjian ini jika di persetujui bakal mengundang campur tangan asing terhadap pentadbiran dan perundangan di dalam negara.

Ahli Majlis sekretariat NGO itu, Zhafirin Mat Yusof berkata kesungguhan rakyat sentiasa peka dan sensitif terhadap sebarang usaha pencabulan perlembagaan persekutuan lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan usaha pencabulan terhadap Agama Islam, Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Hak Keistimewaan Melayu Dan Bumiputera.

zaf1
Ahli Majlis sekretariat NGO Bersekutu Malaysia, Zhafirin Mat Yusof

“Walaupun terpaksa mengharungi kesesakan lalulintas di tambah pula keadaan cuaca dan hujan sebelah petangnya, peserta-peserta himpunan terus cekal dan tabah mengharunginya demi mempertahankan agama , bangsa dan negara serta menjamin kelangsungan perlembagaan 153 tetap di pertahankan.”

Ujarnya lagi kesemua peserta menyatakan kesyukuran susulan keputusan kerajaan tidak meratifikasinya.

Merentasi panas tengah hari dan mendung petang, himpunan ini tamat secara aman dan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini di sebalik kerisauan yang disuarakan beberapa pihak. -KLBroadcast

zaf3
Para peserta Himpunan Perpaduan Ummah bantah ICERD