Selepas tular beberapa keping gambar dan video skandal seks mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Azmin Ali bersama seorang lelaki pada Selasa, kini akhirnya pasangan lelaki dalam video itu tampil membuat pengakuan.

Lelaki itu ialah Haziq Abdullah Abdul Azis, yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, YB Shamsul Iskandar.

Haziq memuatnaik video pengakuan dan bersumpah bahawa dirinya terbabit dalam video skandal seks itu dan mendakwa individu itu merupakan Dato’ Seri Azmin Ali.

Tambahnya lagi, beliau mendakwa video terbabit telah dirakam tanpa kebenaran beliau pada 11 Mei lepas semasa pilihanraya kecil Sandakan di dalam bilik menteri terbabit di hotel Fourpoint Sabah.

Dalam video itu, Haziq turut menggesa SPRM untuk menyiasat menteri terbabit atas tuduhan korupsi sambil mendakwa beliau merupakan  seorang individu yang tidak layak menjadi seorang pemimpin. -KLBroadcast

Sumber: https://www.facebook.com/haziqabdullahbinabdulaziz