Gombak – Dermawan muda, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang sebelum ini terkenal dengan aktiviti kebajikan sekali lagi tampil memberi sumbangan.

Beliau yang juga Pengasas Yayasan Winner Emperor Sedunia turun padang untuk memberi bantuan kepada dua keluarga asnaf yang tinggal di PPR Taman Wahyu pada Jumaat.
Program kebajikan ini adalah dengan kerjasama NGO Badan Amal Warga Asnaf (BAWA) yang membantu mencari keluarga asnaf untuk diberi bantuan.
Keluarga asnaf pertama yang dibantu merupakan sepasang suami isteri kurang upaya (OKU), Bakri Abdul Latiff dan isterinya, Hidayah Othman.
Kehidupan mereka terjejas teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apatah lagi hanya bergantung harap dengan kerja sebagai tukang urut.

Seorang lagi penerima, Alias Mohd Ali, berkata, dia berterima kasih atas bantuan diberikan kerana dia hanya mampu terlantar di atas katil akibat strok.
Hidupnya semakin bertambah derita apabila anaknya Ariza Diana, disahkan menghidap kanser payu dara, ditambah lagi pendapatan terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain bantuan berbentuk keperluan harian, bantuan kerusi roda dan mesin basuh serta tilam juga diberikan kepada kedua-dua keluarga asnaf ini oleh Yayasan Winner Emperor Sedunia.
“Mereka sangat terharu, dan mereka sangat memerlukan bantuan. Ini adalah salah satu contoh Datuk Seri turun membantu dan kami melahirkan rasa syukur kerana Datuk Seri sudi memberikan bantuan,” NGO Badan Amal Warga Asnaf.
“Kita akan teruskan program tanggungjawab sosial korporat seperti ini pada masa akan datang dengan bantuan dari Yayasan Winner Emperor Sedunia kerana masih ramai yang memerlukan bantuan segera,” katanya. -KL Broadcast