KUALA LUMPUR – Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal pernah menggemparkan penduduk negeri di bawah bayu untuk meminta kerajaan Persekutuan membuka ruang rundingan berhubung isu kedaulatan Sabah. Walaubagaimanapun, tindakan tersebut telah dihukum oleh rakyat Sabah setelah tidak lagi memberi mandat kepada Warisan untuk mentadbir negeri Sabah.
Sebelum ini, kerajaan Persekutuan turut menegaskan tiada ruang akan diberikan dalam tuntutan tersebut. Malah, didalam kempen PRN yang lalu, Perikatan Nasional turut berjanji akan memastikan Sabah terus menikmati keamanan disamping kebajikan mereka terjaga.
Bagi memastikan janji itu terus ditunaikan, Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hamzah Zainudin turut memberi jaminan, agensi dibawah kementeriannya yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Angkatan Perairan Malaysia (APMM), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan terus diperkasa.
Sehingga kini, tiada layanan diberikan kepada tuntutan tersebut selain operasi membanteras kemasukan pendatang asing terus dipertingkat. Sehingga September 2020, lebih daripada 7000 pendatang asing yang cuba memasuki perairan Sabah telah di patahkan.