KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memandang serius kebanjiran PATI ke Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak melibatkan jalan tikus dan tekong tempatan.

Semenjak beliau memegang portfolio KDN, kesemua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diarah memperketatkan kawalan sempadan darat dan laut negeri Sabah daripada pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Semenjak awal operasi benteng dimulakan awal tahun ini sehingga 28 Oktober 2020;
Op Benteng telah mengadakan sebanyak 295 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara terdiri daripada 221 SJR oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 65 SJR oleh Angkatan Tentera Malaysa (ATM) dan sembilan SJR dilaksanakan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Di sabah dan sarawak, sebanyak 1,073 pemantauan udara sejak 1 Mei lalu dilaksanakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM bagi mengekang kemasukan PATI di kedua-dua negeri berkenaan.

Selain itu, sebanyak 22 siri rondaan maritim membabitkan 54 Inisiatif Bertanya Khabar (IBK), 64 pemeriksaan serta penggeledahan dilakukan.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama (M) Mohd Rosli bin Abdullah memaklumkan Maritim Negeri Sabah telah merekodkan sebanyak 157 orang PATI yang ditangkap dari Januari – Ogos 2020 yang melibatkan 64 orang warganegara Indonesia dan 93 orang warganegara Filipina.

Sementara itu, penghujung April lalu kes harian COVID-19 di negara ini meningkat berikutan pertambahan kes warga asing melibatkan beberapa Depoh Tahanan Imigresen.

Kerajaan kini dalam fokus untuk membanteras PATI dengan cara mengusir dan tidak lagi menagkap bagi menyekat wang negara untuk menyara PTI didalam tahanan.