KUALA LUMPUR – Mana-mana individu tanpa sebarang dokumen di Sabah akan diburu oleh agensi penguatkuasa.
Memberi peringatan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata kerajaan komited untuk merungkai masalah lambakan warga asing tanpa dokumen sah di Sabah.
Hasil penelitian lanjut, katanya, isu lambakan warga asing di negeri terbabit semakin meruncing kerana masih wujud pengeluaran kad yang tiada perakuan oleh mana-mana agensi rasmi. Dakwanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lagi kad IMM13. Ini berikutan lambakan permohonan diterima sebelum ini tetapi diragui kesahihannya setelah Pas Sementara dikeluarkan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu Parti Warisan Sabah
Tindakan untuk menyaring semula pemegang kad IMM13 akan dilakukan buat masa ini kerana khuatir mereka sebelum ini menipu dalam membuat permohonan. Saringan dibuat untuk menyemak samada benar-benar mereka adalah warga Sabah atau barangkali warganegara Filipina yang mengambil kesempatan untuk mendapat kerakyatan di negara ini.