KUALA LUMPUR – Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) komited membantu usahawan India mendapatkan sijil halal dalam melebarkan sayap perniagaan di area tempatan dan antarabangsa.

Presidennya, N. Gobalakrishnan berkata seramai 50 usahawan dipilih dengan kerjasama yang dijalin bersama Halal Development Corporation (HDC).

Presidennya MAICCI, N. Gobalakrishnan pada sidang media pada Jumaat

“Halal Develpment Corporation akan menolong para pengusaha-pengusaha india dalam bidang keusahawan di Malaysia membantu dari segi permohonan sijil halal.

“Sijil halal ini sememangnya begitu penting dalam industri perniagaan di Malaysia serta seluruh dunia pada masa ini dan pihak kami merasakan ini adalah peluang yang begitu baik untuk pihak pengusaha india Malaysia agar mereka boleh mendapatkan sijil halal maka perniagaan mereka dapt diperluaskan di negara serta dunia”.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat MAICCI pada Jumaat.