PUCHONG – Keprihatinan Yayasan Winner Emperor Sedunia yang menyumbangkan pelitup muka menerusi kepada petugas barisan hadapan, pelajar dan rakyat di negara ini sejak Mac lalu mengekalkan rekod Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai penyumbang pelitup muka terbanyak.

Datuk Seri Liow Soon Hee, 32, yang turut dikenali sebagai ‘dermawan muda’ itu, sebelum ini menaja lebih 11 juta pelitup muka kepada petugas barisan hadapan termasuk petugas media ketika wabak Covid-19 mula menular di negara ini.

Kali ini, sebanyak 1 juta pelitup muka disumbangkan pihak beliau kepada orang ramai yang tidak berkemampuan.

Sumbangan kali ini akan diuruskan oleh China Press, sebuah penerbitan akhbar berbahasa cina sebagai cara pihak media untuk menyebarkan maklumat berkaitan wabak Covid-19 yang belum berakhir.

Menurut Datuk Datuk Seri Liow Soon Hee, sumbangan ini akan diserahkan kepada China Press dan pengagihan penutup muka ini akan dibuat bermula Isnin ini di semua cawangan pengurusan syarikat media itu di seluruh Malaysia.

Majlis penyerahan sumbangan ini diadakan di pejabat MyNest biotech Sdn Bhd di Puchong Selangor. Dengan penyerahan sumbangan terbaru ini, Yayasan Winner Emperor Sedunia telah mengekalkan rekod penyumbang pelitup muka terbanyak di Malaysia. -KL Broadcast