Selayang, Sabtu, 19 Disember 2020 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad telah merasmikan Flagship Outlet Coconut Shake 336 Selayang18.
KPDNHEP sentiasa menggalakkan usahawan muda terutama bumiputera untuk menerokai bidang keusahawanan dan perniagaan terutama yang berdaya saing, sistematik dan terjamin. Francais adalah salah satu bidang tersebut.Selain itu, KPDNHEP juga memperkenalkan Francais Mikro atau Francais Mampu Milik bagi membantu golongan muda untuk memulakan perniagaan.
336 Brand Sdn Bhd adalah sebuah syarikat makanan dan minuman. Antara produk dan jenama yang dikeluarkan dibawah 336 Sdn Bhd adalah Nasi Ayam 336, Mr Sushi 336 dan Coconut Shake 336.
Bantuan juga diberikan kepada 200 Asnaf di sekitar Bandar Baru Selayang turut diagihkan sempena pelancaran ini dijalankan.
Pengagihan pek makanan telah menjadi amalan kongsi rezeki syarikat 336 Brand Sdn Bhd sejak Oktober 2020 pada setiap hari Jumaat bagi membantu meringkan beban yang menghadapi kesan pandemik covid-19

