Kuala Lumpur -Satu penyerahan Memorandum oleh NGO Nambikkai Malaysia kepada Presiden PAS dan Pimpinan tinggi PAS supaya menasihati MB Kedah memohon maaf berhubung isu menyindir masyarakat India keseluruhan sebagai pemabuk.

Gesaan Organisasi Penggerak Sosial dan Ninda Nambikkai (Nambikkai) itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan di Ibu pejabat Pas hari ini.

Dalam tuntutannya, presiden Nambikkai Datuk Kalai Vanar menuntut MB Kedah memohon maaf kepada seluruh kaum India di Malaysia.

Kalai berkata, kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi itu sesuatu yang biadap dan tidak beretika sama sekali.

Katanya, kenyataan menteri besar Kedah itu telah melemparkan satu persepsi tidak baik terhadap satu-satu kaum.

“YAB Menteri Besar Kedah patut malu dengan kenyataan yang dibuat kerana ini menggambarkan sikap angkuh beliau sebagai seorang yang mempunyai jawatan.

Beliau turut berharap, Sanusi dapat membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat India berikutan kenyataan berkenaan.

“Saya harap kita rakyat Malaysia berbilang bangsa dapat bertoleransi antara satu sama lain dalam apa isu sekali pun,” ujarnya.

Pada 1 Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar yang dipercayai berusia lebih 50 tahun di Taman Bersatu, Kuala Kedah. -KL Broadcast