Banting – Syarikat pengeluar bateri solar milik bumiputera Federal Power Holdings Sdn Bhd menyampaikan sumbangan wang tunai dan beras kepada Rumah Anak Yatim Dan Asnaf As-Solihin sempena program khidmat sosial korporat (CSR) syarikat itu di Kanchong Darat,Banting,hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Hisham Abdul Wahab berkata pihaknya terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Prihatin dengan nasib penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As -Solihin, Kancong Darat, Banting, syarikat itu menganjurkan program santuni anak-anak yatim dan asnaf serta sumbangan wang tunai serta makanan kepada pusat jagaan itu hari ini.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengerusi Federal Power Holdings Sdn Bhd, kepada Pengurus Rumah Anak Yatim dan Asnaf As -Solihin, Haji Molyana Mahmud. 

Program berkenaan juga katanya, dapat mengeratkan lagi hubungan Federal Power Holding dengan masyarakat setempat serta meringankan beban kewangan golongan sasaran.

Pihak kami bercadang meneruskan program bantuan ke pusat jagaan ini  dengan menghantar bekalan makanan pada setiap minggu dan juga akan terus menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan,”katanya.

Sementara itu, Pengurus Rumah Anak Yatim dan Asnaf As -Solihin, Haji Molyana Mahmud berkata , beliau berterima kasih kepada Federal Power atas sumbangan yang diberikan, dan program ramah mesra hari ini menggembirakan anak-anak yang juga merupakan penghuni di situ.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana dengan bantuan ini dapatlah juga meringankan beban belanja rumah anak yatim ini” katanya. -KL Broadcast