Kuala Lumpur- Pengasas Yayasan Winner Dynasty Group, Dato’ Sri Liow Soon Hee, yang dikenali sebagai dermawan muda terus menerus membantu komuniti dengan pelbagai bantuan.
Kali ini beliau telah berbesar hati memperuntukkan sebanyak RM70,000 kepada pelajar perubatan yang kekurangan dana untuk membayar yuran pengajian.
Perkara itu dikongsi oleh Presiden CP Malaysia, Kuan Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang di laman facebook nya.
“DIA MAU JADI DOKTOR…. DIA MOHON PTPTN… DAPAT RM 171,000 DAN DIA KEKURANGAN WANG UNTUK BAYAR JUMLAH LAIN… RM 70,000 DI LULUSKAN SEKELIP MATA.
Dia kerja promoter dan bayar yuran secara bulanan. Pihak Universiti MSU beri kelonggaran dan juga telah sponsor dia sebahagian yuran kerana dia pelajar cemerlang serta membenarkan dia berbayar secara ansuran kerana semangat belajar beliau yang sangat menakjubkan. Beliau mau jadi pakar onkologi dan nak menguasai bidang kanser buah dada kerana dia nak menyelamatkan nyawa.
Dia mohon dengan saya untuk bantu duit yuran RM 70,000. Saya pun kaki pokai. Tapi saya ada kawan Liow Soon Hee, dia seoranga anak muda. Saya kata saya akan cuba. RM 70,000 lulus on the spot. Tanpa isi borang dan tanpa banyak soal.
Anak muda ini telah gigih berusaha meminta biasiswa dari koprat koprat tetapi musim Covid , korprat pun amat sibuk dan terganggu oleh Covid. Biasiswa banyak tergendala.
Maka semalam saya bawa dia jumpa Liow Soon Hee, dia senyum dan say YES kepada anak muda ini dari Sg Abong, Muar Johor. Anak muda ini seolah olah dalam mimpi mendapat bantuan RM 70,000 dari Dato Seri Liow. Ini lah Malaysia.
Ini lah usaha giat kita membantu anak muda untuk menjadi seorang pakar doktor. Kita harap Covid akan berlepas cepat agar ramai pembelajaran anak muda tidak terganggu.
HIDUP MALAYSIA. HIDUP ANAK ANAK MUDA KITA YANG SEDANG MENUNTUT ILMU. Keep up the good effort to study.”
Seawal Pandemik COVID-19, Yayasan Winner Dynasty Group telah mula menyumbangkan pelbagai bentuk sumbangan seperti mask, makanan, ambulan kepada Komuniti Kepolisian Malaysia, serta pelbagai bantuan lain. -KL Broadcast
