Diambil dari Sumber mytldm.wordpress.com

Perkasa Class Torpedo Boat’ atau lebih dikenali sebagai FPB (Fast Patrol Boat) ancam tembak peluru berpandu kepada kapal LST TNI AL yang tawan nelayan Malaysia di dalam perairan MalaysiaSuatu hari pada tahun 1974, ketika sedang melakukan tugas-tugas pemetaan laut di Selat Melaka, KD Perantau terserempak ‘lanun’ berupa sebuah LST dari TNI-AL sedang ‘menawan’ bot nelayan Malaysia.

Apa yang harus dilakukan? Nak memberi bantuan, diri sendiri pun tak ada kelengkapan yang boleh digeruni musuh.CO KD Perantau segera memaklumkan kepada COMNAV West.Selang tak berapa lama, krew KD Perantau terlihat pintalan buih di belakang sebuah bot yang sedang memecut dengan kelajuan melebihi 50 knot dan ‘bow-keel’ terangkat ke atas hingga tak mencecah permukaan.

Penghujung tahun 60an, aku (kami) selalu mengkagumi 4 buah ‘Perkasa Class Torpedo Boat’ atau lebih dikenali sebagai FPB (Fast Patrol Boat) yang selalu bertambat di pangkalan TLDM Woodlands. Tempatnya tetap sama…sebelah dalam antara sudut bentuk ‘L’ MBJ. Kenapa sebelah dalam?Tugas FPB bukan untuk meronda seperti bot ronda, IMS dan CMS. Ia hanya keluar sekali sekala untuk membuat latihan.Tahun 1972, keampuhan FPB – yang diperbuat daripada ‘fibreglass’ – semakin hebat apabila dilengkapi dengan SS12 ‘surface to surface missile’. Dan berbekalkan senjata itulah salah sebuah FPB tersebut diperintahkan ke lokasi.Dalam kejadian pada tahun 1974 itu, Captain Nettur sedang membuat ‘sea inspection’ di Selat Melaka.Siapa Captain Nettur, dan kenapa beliau yang membuat ‘sea inspection’?

Beliau pernah menjadi ‘skuadron leader’ FPB berpangkat Lt Commander. Sebagai pegawai yang berpengalaman, maka tentulah beliau arif tentang apa yang diperlukan semasa membuat ‘sea inspection’.Sebaik sampai ke destinasi, atas arahan beliau, CO FPB mengeluarkan amaran kepada ‘lanun’ yang sedang menunda bot nelayan Malaysia ke arah perairan mereka.“You have 5 minutes to release our boat, failing which, we’ll shoot”.Sambil menunggu LST TNI-AL mengakuri perintah, FPB TLDM tidak statik di tempat yang sama.

Ia terus berglegar – tiga kali – mengelilingi bahtera ‘lanun’. Mungkin CO LST menganggap amaran TLDM hanya ‘omong kosong’, mereka terus menunda bot nelayan Malaysia.Captain Nettur mengarahkan CO FPB menghalakan peluru berpandu ke arah musuh, “You only have 1 minute left…”Menyedari FPB TLDM ‘mean business’, ‘pirates of the Straits of Malacca’ mengalah lantas melepaskan bot nelayan Malaysia.Cerita tentang insiden tersebut menjadi bualan anggota TLDM pada masa itu.

Dan debaran 5 minit krew FPB dalam keadaan cemas ‘action station’ kekal dalam memori mereka yang terlibat…hingga hari ini.Sayang seribu kali sayang, jangka hayat FPB – KD Perkasa P150, KD Handalan P151, KD Gempita P152 dan KD Pendekar P153 – tidak sepanjang usia bot ronda dari Kedah, Sabah dan Kris class.

Sumber mytldm.wordpress.com

Rating: 1 out of 5.