Machap : Seramai 11,557 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.
Jumlah pengundi awal ini terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.
Proses pengundian awal juga disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding.
Tinjauan klbroadcast pagi tadi di Pusat Mengundi Awal berpusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor gajah mendapati pusat undian berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Seramai 112 calon layak bertanding pada PRN Melaka, dengan pertandingan enam penjuru di tiga kawasan DUN membabitkan kerusi DUN Asahan, Duyong dan Gadek.
Sebanyak lima kerusi iaitu DUN Rembia, Machap Jaya, Paya Rumput, Pengkalan Batu dan Bemban pula menyaksikan pertembungan lima penjuru.
Sembilan DUN menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala 11 lagi DUN, tiga penjuru.
Bagi kawasan Parlimen Alor Gajah terdapat 4 Dun iaitu Ashan, Rumbia , Gadek Dan Machap jaya.
Seramai 607 penggundi awal di kawasan parlimen Alor Gajah Dan Dun Machap jaya mempunyai penggundi teramai iaitu sebanyak 378 penggundi.
