PERPECAHAN di antara pemimpin-pemimpin Melayu pada ketika ini tidak boleh disembunyikan, bak kata pepatah ‘Sudah terang lagi bersuluh’.
Pelbagai isu peribadi dibongkarkan satu persatu membuatkan pandangan rakyat terhadap seseorang pemimpin Melayu itu semakin buruk — Itu realiti.
Terbaharu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan di Parlimen mengenai peruntukan khas buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM100 juta.
Secara sinis, Tun Mahathir menyatakan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat dengan mempersoalkan sumbangan Ahli Parlimen Pekan itu kepada negara.
Memetik hantaran terbaharu Tun Dr Mahathir peribadi Facebooknya sebagai berkata;
…. Apa sumbangan DS Najib kepada negara? Beliau didapati bersalah mencuri duit kerajaan dan menghilangkan berbilion ringgit.
Mahathir menambah, DS Najib dihukum penjara 12 tahun dan didenda lebih daripada RM200 juta.
Kini beliau sedang dibicarakan terhadap lebih $AS 800 juta
Ikuti hantaran penuh Tun Dr Mahathir di Facebook beliau di pautan berikut: https://www.facebook.com/TunDrMahathir
Dewan Rakyat pada 18 November lalu – Kecoh!
Apabila lebih 10 Ahli Parlimen pembangkang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemberian rumah dan hartanah bernilai RM100 juta sebagai ‘hadiah’ kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Isu itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta penjelasan apa gunanya duit kerajaan diberi kepada Najib yang beliau sifatkan sebagai ‘banduan’, ‘penyangak’ dan ‘pencuri’. – KL Broadcast
