BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau ada membuat permohonan untuk mendapatkan tanah dan rumah bernilai RM100 juta di ibu negara.

Bagaimanapun DS Najib berkata permohonan itu bukan merupakan ‘hadiah’ sebaliknya pemberian biasa kepada semua bekas perdana menteri di bawah Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 pindaan 2003.

Memetik hantaran terbaharu Ahli Parlimen Pekan itu, DS Najib sebagai berkata;

Pejabat bekas Perdana Menteri itu cuma memohon kediaman kerajaan pada tahun 2018 selepas PRU ke-14 seperti yang termaktub di bawah akta yang dipinda sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

DS Najib menambah, beliau diberi pilihan rumah milik kerajaan di tiga lokasi dan telah memilih satu.

Namun menurut DS Najib, pada masa itu tidak ada permohonan RM100 juta seperti yang didakwa, beliau menegaskan — Tawaran itu beliau tolak.

Untuk mengikuti hantaran penuh DS Najib, boleh ke pautan berikut: https://www.facebook.com/najibrazak

DS Najib dalam hantaran yang sama mempersoalkan bahawa Tun Doktor Mahathir memperolehi beberapa ‘aset’ setelah menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia seperti berikut.

Tanah tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun.

Dan tanah balak seluas 1,000 hektar (2,471 ekar). – KL Broadcast