GARIS panduan pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas ia diteliti dan dimuktamadkan semua pihak berkaitan, memetic sumber BERNAMA.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata ketika ini, prosedur operasi standard (SOP) PRN Sarawak sedang dikemas kini oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan tarikh penting PRN-12 Sarawak di pejabatnya.
SPR bakal melaksanakan beberapa penambahbaikan pengurusan mengikut peraturan dan amalan norma baharu pada PRN-12 Sarawak, yang akan diadakan pada Disember itu. – KL Broadcast
