PRN Melaka sudah melabuhkan tirainya, kini menyusul Pilihan Raya Negeri Sarawak pula.
Rabu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh membuat pengumuman mengenai penetapan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak.
Iaitu pada 18 Disember depan manakala hari penamaan calon pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.
Pengerusi SPR mengumumkan tarikh itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pada 24 November 2021.
Bila pengumuman dibuat, sudah pasti semua pihak akan mula merancang perjalanan untuk pulang ke negeri yang cukup terkenal dengan lagenda ‘Bujang Senang’ itu.
Namun, apa yang meresahkan ialah mengenai harga tiket penerbangan ke negeri yang terletak di Borneo itu yang melambung tinggi.
Berikut ialah fakta dan perbandingan harga berdasarkan semakan KL Broadcast mengenai harga tiket ke Sarawak;
• Jarak antara Kuala Lumpur dan London menerusi jalan udara adalah kira-kira 14 jam penerbangan manakala daripada Kuala Lumpur ke Kuching sekitar 2 jam.
• Anda boleh ulang alik daripada KL ke Kuching sekurang-kurangnya 7 kali, barulah menyamai waktu penerbangan ke London.
Belum terlambat untuk mempertikaikan harga tiket yang melambung tinggi ini kerana hasil semakan KL Broadcast, paparan harga ke destinasi tersebut masih lagi seperti yang didakwa.
Memetik hantaran yang dimuat naik oleh warga net di media sosial, beberapa pengguna mengeluh mengenai perkembangan ini – Mungkin mereka adalah dalam kalangan rakyat Sarawak yang terkesan dan terbeban.
Memetik Tweet @aizatbh sebagai berkata, tiket paling murah berharga RM750++ ;
“Balik dari Kuching ke KL weekend lepas. Tiket paling murah tak kira flight rm750+. Yang peliknya tiket KK ke KL lagi murah. Unsangkarable,”
LINK: https://twitter.com/aizatbh/status/1464191999662194691
Bagi @nikarfi dalam Tweet nya berkata; Dah boleh mula kumpul duit kerana harga tiket cecah ribuan ringgit.
“Dah boleh mula kumpul duit gais. Tiket flight ke Kuching sekarang dah ribu-ribu bukan macam dulu dah,”
LINK: https://twitter.com/nikarfi/status/1464180910287253506
Memetik satu lagi hantaran balas @amirullahakmal kepada @ikazyn_ yang dipercayai pelajar dari Sarawak yang menuntut di Semenanjung turut mempersoalkan harga tiket yang naik mendadak itu.
“Ika balik Kuching ke? mahal gila harga tiket huhu,”
LINK: https://twitter.com/amirullahakmal/status/1463702207405035544
Berikut adalah jawapan balas pihak penerbangan pada 23 November lalu yang juga menerusi Tweet kepada @aripfredo ; Yang mempersoalkan perkara yang sama.
Menurut pihak penerbangan itu, harga ditetapkan secara dinamik dan berubah-ubah mengikut permintaan dan penawaran.
“Hello, @aripfredo. Please be informed that our prices are dynamically set based on demand and availability. Prices may vary depending on the dates and times selected. We would recommend that you search on a different date combination to obtain your preferred fare. –JY,”
LINK: https://twitter.com/MAS/status/1463034089645219843
- KL Broadcast
