Kuala Lumpur , 6 Disember – Pihak Prasarana Malaysia Berhad ( Prasarana ) hari ini menerima 90 buah bas 2 tingkat Euro 6 dari syarikat Volvo dalam satu majlis penyerahan rasmi.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah dalam ucapannya menyatakan , “Bas dua tingkat 12 meter Volvo B8L menawarkan penyelesaian terbaik kepada cabaran operasi prasarana. Dengan lebih banyak tempat duduk dan ruang berdiri, termasuklah satu kemudahan kerusi roda, setiap bas boleh membawa sehingga 110 orang penumpang pada satu-satu masa.
Volvo Buses Malaysia telah dianugerahkan tender 90 unit bas dua tingkat oleh Prasarana Pada akhir tahun 2017, yang kemudian digunakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd untuk kegunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Bagi Pengarah Volvo Buses Region APAC Central, Encik Mats Nilsson berkata “ Volvo teruja untuk memperkenalkan teknologi Euro 6 ke Malaysia. Regulasi emisi kenderaan di Malaysia sekarang ialah Euro 3, tetapi rakan kami di Prasarana komited untuk mengurangkan tahap emisi di Malaysia dengan membeli bas Volvo B8L Euro 6 yang melebihi garis panduan regulasi tempatan,” .
Bas Euro 6 ini menawarkan berat keseluruhan lebih rendah, radius pusingan lebih kecil, gandar dan suspensi baharu yang memberikan kualiti pengendalian serta prestasi kenderaan terbaik.
