Papan tanda kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di sini, telahdisimbah cat merah dan biru hari ini.

Kejadian tersebut disedari pengawal sekitar jam 10 pagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10 pagi.

Tambah beliau lagi, hasil siasatan menemui empat plastik cat iaitu dua daripadanya berwarna merah dan dua lagi plastik biru berhampiran pokok di kawasan kejadian yang dipercayai ditinggalkan pelaku terbabit.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading