KUALA LUMPUR- Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berlangsung pagi ini di Istana Negara, berkaitan perkembangan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi tumpuan.

Kenderaan yang dipercayai membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, dilihat memasuki pekarangan Istana Negara kira-kira jam 7.48 pagi.

Turut dilihat memasuki pekarangan Istana Negara tidak lama kemudian ialah kenderaan yang dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Hannah dan Mohd Dusuki merupakan antara anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading