BN akan lihat dahulu keputusan pilihan raya umum (PRU) sebelum membuat sebarang ketetapan lanjut untuk bergabung dengan parti lain bagi membentuk kerajaan menurut Datuk Seri Ismail Sabri.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Kali Ke-43 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat apa apa keputusan.

Namun demi kepentingan negara dan sebuah kerajaan stabil apa sahaja keputusan boleh berlaku.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen pada PRU15 sekali gus membentuk kerajaan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading