Bahang Pilihanraya Umum 15 semakin dirasai apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi PRU15 ini. Sebelum hari penamaan calon, sudah pasti timbul pelbagai persoalan termasuklah calon yang bakal bertanding mewakili parti masing-masing.

Parlimen Sepang juga merupakan kerusi panas yang bakal menjadi tarikan apabila khabar angin mengatakan pertembungan empat penjuru di antara seorang calon lelaki akan bertanding merebut kerusi dengan 3 calon daripada kalangan wanita.

PRU15 kali ini bakal menjadi persaingan sengit di kesemua kerusi parlimen apabila mandat telah dikembalikan kepada rakyat.