KUALA LUMPUR – Tidak ada lesen besar untuk mana-mana parti politik membuat ubahsuai kepada kenderaan mereka pada musim PRU ini, tegas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata, sebarang ubah suai pada kenderaan selain ditetapkan Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) untuk kenderaan komersial bagi tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diambil tindakan.

“Tidak ada ‘lesen besar’ untuk mana-mana parti membuat ubah suai kepada kenderaan mereka pada musim PRU ini.

“Kita tidak akan berkompromi. Untuk urusan parti ke apa, asalkan dia mengubahsuai kenderaan, sama ada untuk PRU atau tidak, tetap salah. Dia tidak ada satu lesen besar untuk memodifikasi kenderaan untuk PRU.

“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) iaitu salah guna permit dan melakukan modifikasi kenderaan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat tinjauan Op Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, pada Khamis. -KL BROADCAST

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading