Dengan hanya 3 hari sahaja sebelum hari menggundi, kem Pakatan Harapan mendapat perkhabaran sedih dengan pemergian calon mereka di P.017 Padang Serai, Karupaiya A/L Mutusami yang meninggal dunia sebentar tadi.

Mendiang merupakan bekas Pegawai Waran 1, Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Cabang KEADILAN Padang Serai merangkap mantan ahli parlimen Padang Serai.