
Hari ini , penggundi di Padang Serai terkejut dengan berita kematian mengejut calon Pakatan Harapan P.017 mendiang Karupaiya A/L Mutusami.
Lantas dengan perkembangan tersebut , satu mesyuarat khas akan diadakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya setelah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan menyatakan fakta berkaitan kematian calon yang dinyatakan di atas.
Justeru itu, satu mesyuarat Khas pada 18 November 2022 (Jumaat)akan diadakan bagi membincangkan penetapan
tarikh-tarikh penting untuk urusan PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai dan satu kenyataan media akan dikeluarkan oleh SPR selepas mesyuarat tersebut.