Perdana Menteri ke 10 Dato Seri Anwar yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.52 pagi tadi bagi memulakan tugas sebagai pemimpin utama kerajaan selepas dilantik memegang jawatan itu semalam.

Sesi ketip masuk tugas Perdana Menteri itu disempurnakan Anwar sekali gus membuka lembaran baharu pentadbiran beliau di Putrajaya yang diwakili kerajaan perpaduan selepas Pakatan Harapan mendapat kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Selepas itu, beliau juga dijangka mengadakan satu sidang akhbar khas selain turut dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra Putrajaya.