Pasir Putih, Kelantan – Unit Patologi, Unit Bekalan bahan Steril serta bekalan perkhidmatan lain di Hospital Tengku Anis,Pasir Putih diberhentikan sementara berikutan hospital tersebut dilanda banjir sejak Ahad lalu.
Langkah tersebut terpaksa diambil setelah diambil kira kemungkinan peralatan tersebut rosak kerana ditengelami air banjir, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
Namun begitu, Unit kecemasan dan Trauma masih beroperasi seperti sediakala tambah beliau lagi.
