
Pilihanraya Negeri yang akan datang ini adalah medan utama suara rakyat serta suara akar umbi yang dinafikan Presiden & Timbalan Presiden UMNO ini dihakimi, sama ada rakyat menolak atau menerima mereka.
Menurut aktivis pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir tindakan tidak mempertandingkan 2 Jawatan tertinggi parti itu akan memberi impak yang kuat kepada golongan muda untuk tidak lagi menjadikan UMNO atau Barisan Nasional sebagai parti pilihan atau erti kata lain parti yang popular mendominasi jiwa rakyat.
Dengan segelintir Ketua-ketua UMNO Bahagian atau Wakil Rakyat Barisan Nasional dalam Malaysia terlihat takut diambil tindakan kerana takut untuk mengungkapkan kebenaran. “Jika mereka menentang maka nasib mereka sama seperti Tan Sri Annuar Musa, mereka dipecat,” tambah beliau lagi.
Pada perhimpunan Agung UMNO yang lepas , perwakilan telah bersetuju untuk 2 Jawatan terpenting parti itu tidak ditandingkan