Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa DAP yang tidak bermuka muka dalam setiakawan merupakan anatara punca UMNO menyertai kerajaan campuran ketika ini. Beliau menyatakan perkara tersebut ketika merasmikan sayap parti UMNO semalam di Pusat Dagangan Dunia semalam.

Menurut beliau lagi pilihan untuk bekerjasama dengan PH menjadikan UMNO parti yang akan mewakili kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan. Tegas Ahli Parlimen Rembau itu, UMNO pada ketika ini adalah rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan, bukan parti komponen PH.

Walaupun sudah puluhan tahun UMNO bersengketa dengan DAP, namun sokongan orang melayu semakin terhakis terhadap UMNO, justeru dengan menyertai kerajaan ini mungkin UMNO akan dapat menawan kembali hati penggundi orang melayu.

Walaupun beliau bersetuju dengan cadangan supaya 2 jawatan teratas parti itu tidak ditandingkan namun katanya sudah tiba masanya agenda Melayu UMNO disemak, direkayasa, diberikan lonjakan baharu, dan ditambah nilai.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading