Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong telah mendedahkan butiran pemanggil misteri yang menghubungi beliau baru baru ini di parlimen pagi tadi dalam satu sidang media khas.

Semalam semasa berbahas di Dewan Rakyat, Dr Wee memaklumkan beliau telah dihubungi oleh seorang individu yang menuntutnya untuk membuat satu kenyataan berhubung kenyataannya di Parlimen tentang kemasukan telur import.

Individu terbabit memaklumakan bahawa sudah ada perbincangan diadakan dengan JPM dan mengarahkan Dr Wee membuat satu sidang media dan memohon maaf atas isu yang di bawa beliau.

Namun Dr Wee tetap tidak berganjak melalui keputusannya untuk terus membawa isu isu rakyat ke dalam dewan rakyat.

Menurut Beliau lagi “Apa-apa ucapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen dalam mesyuarat Mailis Parlimen adalah terlindung di bawah Perlembagan Persekutuan dan tiada prosiding di mana-mana mahkamah boleh diambil terhadap Ahli Parlimen berhubung apa-apa jua yang dikatakan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Majlis Parlimen tertakluk Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan tersebut.” dan perkara ini disahkan melalui satu surat yang dikeluarkan kepada beliau oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 10 Mac 2023.

Semalam Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Seri Johari Abd Ghani yang juga merupakan ahli parlimen titiwangsa menggesa speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul sebagai speaker Dewan Rakyat perlu bertindak segera melakukan siasatan terhadap tekanan yang dihadapi oleh Presiden MCA itu.