
22 Mac 2023, Kuala Lumpur – Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah atau Sabah International Convention Sabah (SICC) baru baru ini telah memenangi 2 anugerah BrandLaureate Sustainable Business & Brands Inspirational Achievement Awards 2022-2033 bagi anugerah Services-Multi Functional Convention Centre dan anugerah The BrandLaureate Brand Leadership Award 2023 yang telah di berikan kepada Ketua Pengarah Eksekutif SICC Datuk Hajah Rosmawati haji Lasuki.
Kedua dua Anugerah tersebut telah di sampaikan kepada Datuk Hajah Rosmawati di satu majlis yang telah diadakan di Hotel The Majestic malam kelmarin..
Pada 9 February yang lalu SICC juga telah menerima satu anugerah iaitu 2023-2025 Asean MICE Venue Award- Exibition Venue Category yang diberikan oleh ASEAN Tourism Awards.
Untuk makluman, SICC ini terletak 20 minit perjalanan dari Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Dengan rekabentuk yang berkonsepkan flora dan fauna di Sabah, SICC mempunyai keluasan ruang pameran 153,197 meter persegi yang terletak di tanah seluas 6 hectar.

Pada ramadan kali ini SICC akan mengadakan buffet ramadan dengan anggaran 700 jenis lauk untuk pengunjung yang ingin mencuba berbuka puasa sambil menikmati terbenamnya matahari.

