
Putrajaya : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa berita gembira pada rakyat Malaysia sempena Aidilfitri tahun ini
Tujuh berita gembira itu ialah tol percuma 4 hari di semua 33 lebuhraya bermula 19 sehingga 21 April ini dan pada 24 April.
Diskaun khas barang mentah bagi pengusaha menu Rahmah, diskaun khas saman polis sehingga ringgit Malaysia 50 bagi saman tahun 2022
Pelepasan khas banduan berlesen melawat keluarga semasa cuti Aidilfitri
Pengurangan harga simen kos bina rumah
Tambahan kos pembaikan jalan persekutuan
Cuti tambahan hari raya sama ada pada hari jumaat 21 April, sekiranya raya pertama pada hari sabtu atau isnin 24 April sekiranya hari raya jatuh pada jumaat.