Pulau Pinang – Semalam telah berlangsungnya pemberian dana wakalah zakat fasa 1 oleh Co-opbank Pertama (CBP) dengan jumlah sebanyak RM512,000 bertempat di Hotel the light.

Melalui program yang diberi nama Program CBP Mahabbah pemberian fasa 1 ini hanya merangkumi negeri Pulau Pinang,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan juga Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, program CBP Mahabbah ini mensasarkan golongan anak yatim dan ibu tunggal dalam kalangan fakir dan miskin, selain institusi masjid dan pelajar IPT bawah kategori asnaf Fisabilillah.

Tambah beliau lagi agihan zakat ini disampaikan sendiri oleh Anggota Lembaga CBP menerusi majlis serahan zakat yang diadakan di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti dengan mendapat kerjasama daripada Pusat Zakat Negeri dan juga agensi berkaitan.

Program ini juga membuktikan kesungguhan CBP dalam memartabatkan masjid sebagai pusat dakwah dan kemasyarakatan dan
menzahirkan keprihatinan CBP terhadap golongan ibu tunggal, anak yatim serta pelajar IPT.

Ia juga merupakan tanggungjawab CBP untuk membantu golongan yang memerlukan yang secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka dengan bantuan zakat yang diberikan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading