KUALA LUMPUR- Pelakon terkenal India, Yash yang menempa nama dalam filem pecah panggung KGF bertemu peminat di Malaysia di ibu negara pada Sabtu.

Beliau diundang sebagai tetamu khas pada majlis pelancaran MS Gold, butik emas kedua milik syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd di Jalan Masjid India. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, berkata kehadiran pelakon Yash atau Naveen Kumar Gowda pasti memberi kesan positif pembukaaan kedai baharunya yang mempamerkan koleksi emas itu.

“MS GOLD membuka tirai di Jalan Masjid India dengan pembukaan kedai pertama pada 1 April 2023 dan kami membuat keputusan membuka kedai kedua di lokasi sama hasil sambutan menggalakkan”. 

“Ini sungguh bermakna, pembukaan rangkaian kedua MS Gold ini kerana itu jugalah saya bawakan Yash kepada semua. Saya sendiri antara peminat tegar beliau”, katanya.

Yash mempunyai 14 juta pengikut di Instagram, 1.3 juta di Twitter dan 8.5 juta di Facebook, memulakan karier sebagai pelakon India sekitar 2004. Beliau menempa nama besar melalui filem KGF Chapter 7 sekitar 2018.