PUTRAJAYA: Polis telah menahanbekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan pada Jumaat lepas di ibu negara sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan perintah reman turut dikeluarkan kepada wanita itu pada 8 Julai.

“Perintah reman itu adalah ke atas siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, sekali gus PDRM tentunya mempunyai beberapa perkara yang perlu untuk disiasat.

“Peguam suspek memaklumkan, anak guamnya sedia memberi kerjasama kepada polis dan Kerajaan Malaysia berhubung kes itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Saifuddin berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut perkembangan kes dan menyerahkan dahulu kepada polis bagi siasatan lanjut.

“Biar polis jalankan tugas dahulu, saya tidak mahu komen. Kes ini (1MDB) memang belum selesai, apapun tindakan lanjut biar ikut lunas undang-undang,” katanya.

Jasmine (kanan) dikaitkan dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low (kiri).

Jasmine dikatakan seorang daripada sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB serta disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki selepas melarikan diri dan tidak diketahui keberadaannya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading