Jepun – Doktor dan anak perempuannya ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan di Susukino, Sapporo, dekat Hokkaido, Jepun.

Mereka disyaki memenggal kepala seorang lelaki, sebelum membawanya keluar dari hotel yang didiami pada 2 Julai lalu.

Polis masih menyiasat motif pembunuhan dan mengenal pasti hubungan antara Osamu Tamura, 59; Runa, 29, dan mangsa dikenali sebagai Hitoshi Ura, 62, yang ditemui dalam keadaan berbogel dan tidak berkepala di bilik air hotel.

Pada 1 Julai lalu , sekitar jam 10.50 malam, Ura dan seorang lagi individu dipercayai Runa mendaftar masuk ke hotel itu.

Osamu yang juga pakar psikiatri di sebuah hospital di Sapporo disyaki menghantar dan menjemput anak perempuannya di premis tersebut.

Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati, punca kematian akibat kehilangan darah selepas ditikam, sementara kepala Ura dipenggal menggunakan pisau dan dilarikan dari lokasi kejadian.

Menurut siasatan, individu yang menemani Ura untuk memasuki bangunan itu dilihat bertubuh kecil, memakai pakaian berwarna cerah dan bertopi, namun berpakaian hitam ketika keluar.

Susukino terkenal dengan penginapan sementara yang dikenali sebagai ‘hotel cinta’.

Hotel cinta di Jepun biasanya menampilkan bilik bertema dan mengenakan bayaran mengikut jam.

Ia sering digunakan pasangan yang mencari tempat untuk melakukan hubungan seks.

Kira-kira 4,900 hotel cinta kini beroperasi di Jepun.

Menurut agensi berita Kyodo News, ‘hotel cinta’ tidak memerlukan tetamu yang mendaftar masuk untuk memberikan kad pengenalan dan mendedahkan identiti,