KUALA LUMPUR – Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang meminta pengundi di enam negeri untuk ‘mendedikasikan’ pilihan raya (PRN) kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Kit Siang menerusi ciapan di twitternya berkata, rakyat harus meneruskan visiAllahyarham demi kestabilan politik dan perpaduan nasional agar Malaysia dapat bangkit semula menjadi negara bertaraf dunia.

“Let’s dedicate the six state polls on August 12 to Salahuddin Ayub to further his vision of greater political stability and national unity in Malaysia so that the country can rise again and become a world-class great nation punching above its weight.”

“Mari kita dedikasikan enam Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos kepada Salahuddin Ayub untuk memajukan wawasannya dalam kestabilan politik yang lebih kukuh dan perpaduan nasional di Malaysia supaya negara dapat bangkit semula dan menjadi negara hebat bertaraf dunia melebihi kemampuannya.”

Kit Siang berkata, Salahuddin sebelum ini berkali-kali menegaskan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai agenda yang lebih berteraskan rakyat berbanding Perikatan Nasional.

Namun ada warganet yang tidak bersetuju dengan tulisan Kit Siang yang didakwa tidak memiliki sensitiviti. Ada juga yang mendakwa tindakan Kit Siang itu dilihat seperti ‘menunggang’ pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin untuk kempen pilihan raya. -KL Broadcast