SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) diminta mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai, susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya tersebut bahawa ada kekosongan.

“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi SPR, bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah meninggal dunia pada hari Ahad 23 Julai 2023,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bagi pihak Parlimen Malaysia, Johari turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam Ahad, setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading