KUALA LUMPUR – Sekumpulan pengusaha bengkel DUN Sungai Tua berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar (MB) Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari kerana menghentikan proses roboh bengkel di kawasan itu sementara menunggu penempatan baharu.
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai Malaysia (Nambikkai), Datuk Kalai Vanar berkata, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari kerana sudi mendengar menyelesaikan masalah terbabit.
Amirudin berjanji tapak sedia ada tidak akan diganggu kacau oleh pihak MPS (Majlis Perbandaran Selayang) dan PTG (pejabat tanah dan galian) sehingga mendapat tapak baharu.
“Kami bersyukur, kerana beliau setuju dengan permintaan pengusaha dan menyelesaikan masalah ini. Mereka akan beri dua tapak baharu sehingga perkara ini selesai,” katanya.
Ketika ditanya adakah perkara itu diselesaikan kerana adanya Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Kalai berkata, isu itu sudah pun selesai sejak bulan Jun, dan tiada kena mengena dengan PRN.
Justeru kumpulan pengusaha bengkel Sungai Tua yang terlibat berterima kasih dan menyatakan sokongan penuh terhadap MB Selangor atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada rakyat negeri. Mereka juga berharap agar Amirudin kekal menjadi MB Selangor selepas PRN Negeri yang bakal berlangusung esok. -KL Broadcast