Johor Bahru – Semalam telah berlangsungnya majlis perasmian Pusat 3S pertama jenama kereta SUZUKI di Permas Jaya Johor oleh pengedar tunggal Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors (Naza)

Ini menyusul selepas pembukaan bilik pameran Petaling Jaya yang dilancarkan pada 2021.

Ketua Pegawai Operasi Naza Eastern Motors, Mohamad Irwan Shahril menyatakan bahawa pusat 3S ini akan memberi kepuasan pada pelanggan mereka di samping menjadi rumah kedua kepada pengguna SUZUKI di Johor selepas bilik pameran di Petaling Jaya.

Dengan mempunyai keluasan 7252 kaki persegi, ia menempatkan bahagian servis, jualan, alat ganti dengan kapasiti 12 buah kenderaan sehari yang mampu di servis.

Dalam acara semalam juga , telah dilancarkan model ‘The Suzuki Swift Sport Silver Edition’ dengan harga jualan RM 145,900.00 tanpa insuran

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading