KUALA LUMPUR – Suis pemati (kill switch) akan digunakan semasa konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert itu.

“Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin.

“Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital: Transformasi Digital Pintar dalam Era 5G, di sini pada Rabu.