Merupakan satu tradisi di bulan ramadan, Yayasan food bank akan menyantuni komuniti
dengan pelbagai program-program yang membantu masyarakat. Sesuai dengan slogan ‘Berpakat Bantu Masyarakat’.

Program Bubur Lambuk Yayasan Food Bank Malaysia kali ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail, Isteri Perdana Menteri Malaysia, Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafudin Idris Shah iaitu Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang amanah Yayasan Food Bank Malaysia, Yang Setia Penolong Pesuruhjaya ( Pertahanan Awam) Ghazali Bin Abd Rahman dan Encik Peter Yu, Pengarah Urusan Golden Donuts Sdn Bhd.

Antara lokasi edaran bubur lambuk kali ini ialah sekitar MRT Ampang Park, IPD Kajang, Balai Bomba Kajang, Dunkin’ Metro Point Kajang, Dunkin’ Putrajaya Sentral, UKM Bangi, Taman Impian Ehsan, APM Hulu Langat, APM Selangor, Balai Bomba Bangi, Balai Polis Bangi, dan Balai Polis Bandar Seri Putrajaya.

Sebanyak 1500 bubur lambuk bersama sekeping donut sumbangan Dunkin Malaysia
telah berjaya diagihkan.